Monday, July 07, 2008
LCCT
huh akhirnya dapat gak tempat untuk mengadap laptop. semua tempat yg ada soket letrik telah diambil oleh kaki2 yg suka mengadap laptop, hampesss. setelah menunggu selama 3 jam terpaksa jugaklah membeli minuman kat
coffee bean untuk dapat tempat yg ada socket letrik. maklumla bateri laptop nih dah koma dah.
so harinih bermalam di
lcct, ramai gak yg menunggu untuk flight pagi. semasa tengah melelapkan mata diatas kerusi terdengar perbualan
2 orang
perempuan. skali dengar ingatkan bahasa
tagalog, orang
filipina kah? hmmm...tp ada dengaq
"lelaki, cilako" ntah lupa dah. pastuh baru la teringat iklan
maybank. ala yg iklan tattoo kat kaki bapak dia tuh...ala yg rimau kat oversea tuh...hehe. lorr orang sarawak rupanya, yg mmg kompom org sarawak sbb terdengaq diorang sebut
"aok/auk" bermaksud
"ya". hmmm dah xleh tdoq so tawaf la satu
lcct.
last skali mengambil keputusan untuk memblogging. tapi line cam biskut, kejap ada kejap xdak, hampagas lagi. bermalam kat lcct nih sbb nak tunggu flight ke aloq staq kui 715. baru balik dari labuan ha, makang anging. labuan kiranya cam adik bradik langkawi lebih kurang, pulau bebas cukai.
rasanya
labuan kecik skit ja dari penang. pulau
labuan berbentuk huruf A (kalu rajin tengok la kat
maps@google search pulau
labuan). melancong sakan kat sana, p
pantai layang-layangan,
chimney,
patau2 water village,
muzium marin,
world war II memorial,
muzium labuan,
pantai batu manikar,
dataran labuan & mcm2 lah. kiranya pusing habih satu pulau
labuan tuh.
pastuh baru tahu ada feri dari labuan terus ke kota kinabalu tetapi mengambil masa selama 4 jam, tapi kalau xsuka dok lam feri lama2 boleh naik feri ke menumbok yg mengambil masa selama 2 jam & kemudian 3 jam melalui jalan darat ke KK. hmmm nanti2 pulak sambung crita, nak terkucil! sejukkkssss :P
Labels: vacation
3:20 am