image
fNd's Blog
image image image image
Monday, July 07, 2008

LCCT

huh akhirnya dapat gak tempat untuk mengadap laptop. semua tempat yg ada soket letrik telah diambil oleh kaki2 yg suka mengadap laptop, hampesss. setelah menunggu selama 3 jam terpaksa jugaklah membeli minuman kat coffee bean untuk dapat tempat yg ada socket letrik. maklumla bateri laptop nih dah koma dah.
so harinih bermalam di lcct, ramai gak yg menunggu untuk flight pagi. semasa tengah melelapkan mata diatas kerusi terdengar perbualan 2 orang perempuan. skali dengar ingatkan bahasa tagalog, orang filipina kah? hmmm...tp ada dengaq "lelaki, cilako" ntah lupa dah. pastuh baru la teringat iklan maybank. ala yg iklan tattoo kat kaki bapak dia tuh...ala yg rimau kat oversea tuh...hehe. lorr orang sarawak rupanya, yg mmg kompom org sarawak sbb terdengaq diorang sebut "aok/auk" bermaksud "ya". hmmm dah xleh tdoq so tawaf la satu lcct.
last skali mengambil keputusan untuk memblogging. tapi line cam biskut, kejap ada kejap xdak, hampagas lagi. bermalam kat lcct nih sbb nak tunggu flight ke aloq staq kui 715. baru balik dari labuan ha, makang anging. labuan kiranya cam adik bradik langkawi lebih kurang, pulau bebas cukai.

rasanya labuan kecik skit ja dari penang. pulau labuan berbentuk huruf A (kalu rajin tengok la kat maps@google search pulau labuan). melancong sakan kat sana, p pantai layang-layangan, chimney, patau2 water village, muzium marin, world war II memorial, muzium labuan, pantai batu manikar, dataran labuan & mcm2 lah. kiranya pusing habih satu pulau labuan tuh.
pastuh baru tahu ada feri dari labuan terus ke kota kinabalu tetapi mengambil masa selama 4 jam, tapi kalau xsuka dok lam feri lama2 boleh naik feri ke menumbok yg mengambil masa selama 2 jam & kemudian 3 jam melalui jalan darat ke KK. hmmm nanti2 pulak sambung crita, nak terkucil! sejukkkssss :P

Labels:


3:20 am
(0) comments

Wednesday, July 02, 2008

iNSoMNia

disebabkan tak boleh tidoq, jadi inilah peluang untuk memblogging habis2an.

setelah selesai mewakili untuk menghadiri jamuan makan malam amal(1) di library tercinta, hehe :D singgah sebentar membeli jus dark grape berri & kao attack(2) di tesco mergong tercinta gak! :P sesudah tiba di rumah, isteri tercinta dgn rajinnya membasuh baju tetapi bukan dengan pencuci yg baru dbeli tetapi memperabih saki baki pencuci lama. sebagai seorang suami yg prihatin, maka dia pun membantulah isterinya menyidai kain jemuran sambil meminum jus dark grape, emm sodap!

i repeat : emm sodap!

jam menunjukkan pukul 12.45 tghmlm, isteri tercinta masih melipat kain baju, suami pun memberi tahu kepadanya "yuhuu sayang! dah dekat kui 1 dah..." si isteri pun menjawab "ha! kui 1 dah? esok ajala kita packing baju" maka si suami pun dgn selambanya menjawab "okie dokie!"

so tdoq la kedua2 pasangan tersebut. akan tetapi si suami kejap2 pusing kiri, kejap2 pusing kanan, letak tangan atas dahi, hmm pikiaq macam2. sebab tuh la xleh tdoq.

apakah yang difikirkan oleh suami tersebut?
  1. huh! esok mcm2 keja nak buat kat library...plan2 apa yg penting nak buat dulu
  2. hmm beli kipas yg harga rm3++ tuh k gak letak kat ruang tamu, yg kipas lama letak kat bilik blakang...cantekkkk!
  3. alahai raya 1/10, dalam rumah x cat abis lg (dey ingat raya aja ka? posa x ingat? apada!)
  4. beli rumah kat kay yel pun okei gak! hmmmmm
  5. wahhh xsabaq nak p labuan...
  6. oh yearghh! Manhattan Fish Market here i come!

apakah yg berlaku apabila si suami sedang memblogging?

  1. kicauan burung pada pukul 3.30pg??
  2. 1st time masuk website tesco & berrijuce
  3. terdengar anjing menyalak kesakitan - macam mana? bayangkan .... makcik juai kain dalam bahasa terengganu... kaing! kaing! kaing!

p/s:- apa nak jadi dgn en. anwar nih mcm2 ado, cukup 10thn. masih ingat x lg peristiwa 1998? selepas sukan komenwel? hmmm...jgn sebab nak rebut kuasa/salah guna kuasa, rakyat yg menderita.

Nota Kaki:

  1. bertujuan untuk mendapatkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan peserta ke pesta sukan perpustakaan se-malaysia di terengganu
  2. kao melancarkan produknya bernama attack pada tahun 1987

Labels: , , , ,


2:55 am
(0) comments